Promosi unifi terkini

Promosi Semasa Untuk Tahun 2021

Untuk masa ini hanya terdapat satu saja promosi unifi yang ditawarkan sejak permulaan PKP tahun lepas. Sama seperti promosi unifi 2020, bagi setiap langganan berkontrak selama 24 bulan, anda mendapat 30 hari langganan percuma. Ia adalah untuk kesemua pakej unifi rumah atau kediaman dari yang paling murah pada harga RM89 sebulan sehinggalah pakej paling mahal 800 Mbps pada harga RM349.

Maklumat Lanjut Promosi

Anda boleh merujuk kepada flyer di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut promosi. Kalau dah berminat.

promosi unifi

Syarat-syarat layak

Tiada syarat-syarat tertentu bagi melayakkan anda untuk menikmati promosi ini. Anda cuma perlu melanggan pakej ini untuk selama tempoh minima 24 bulan. Buat masa sekarang pihak Telekom Malaysia tidak menetapkan satu tarikh promosi ini akan tamat.

Sekiranya berminat melanggan eloklah disegerakan. Kadang-kadang alamat kediaman anda termasuk dalam kawasan yang diliputi unifi, tetapi terdapat masalah “port full” yang bermaksud “port-port” sedia ada sudah digunakan sepenuhnya. Contohnya anda diberitahu hari ini yang alamat anda ada dalam liputan unifi. Tetapi anda membuat keputusan esok dan memberitahu yang anda inginkan unifi.

Bila kami cuba daftarkan, permohonan ditolak atas sebab “port full” dan terpaksa tunggu berbulan-bulan sehingga ada pelanggan menghentikan perkhidmatan unifi mereka atau pihak TM unifi menyediakan port-port baru.

Kesimpulannya bak kata pepatah Melayu dalam ayat percintaan, jangan tunggu lama-lama nanti dia diambil orang. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna. Tentu kita tidak mahu berputih mata melihat jiran-jiran dan rakan-rakan kita begitu selesa menggunakan perkhidmatan TM unifi.

Tempoh Permohonan Promosi unifi 2021

Sama seperti dalam promosi unifi tahun 2020, semasa tempoh PKP, permohonan, kelulusan dan pemasangan mungkin memakan masa yang lebih sedikit berbanding masa sebelum pandemik covid 19. Biasanya anda akan mendapat keputusan dan tarikh pemasangan dalam masa lebih kurang tiga hari selepas tarikh permohonan. Pemasangan biasanya dalam seminggu selepas permohonan bergantung kepada jadual pihak kontraktor unifi. Bagi kes-kes yang rumit, mungkin juga menjangkau 3-4 minggu.

Pertanyaan Lanjut

Jika anda masih ragu dalam membuat keputusan, sila hubungi kami melalui WhatsApp di bawah. Pertanyaan dan pendaftaran bagi mendapatkan promosi ini ada PERCUMA. Ejen kami sedia membantu.