Kenapa Maxis Fiber Jadi Pilihan
Nota:
Diingatkan bahawa review ini bukan lah dikutip dari mana-mana laman web atau direka untuk menjual perkhidmatan.
Saya hanya menjual apa yang rasakan baik berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan terdekat.
Mendengar nama Maxis dalam perkhidmatan internet atau plan telefon Maxis, ramai di kalangan kita cuma mengelakkan dari mendapatkan perkhidmatan mereka.
Ini menjadi mimpi ngeri di kalangan mereka dan sudah tentu mereka tidak mahu mengalami masalah yang sama untuk kali kedua dan seterusnya.
Sila terus membaca untuk mendapatkan maklumat sebenar penggguna iaitu rakan sekerja saya dan diri saya sendiri.
Perasaan Prejudis Terhadap Perkhidmatan Maxis
Seperti juga penguna-penguna internet yang lain, saya juga terpengaruh dengan dengan maklumat-maklumat terkeluar di media-media sosial.
Saya tak dapat lari dari tanggapan negatif terhadap perkhidmatan secara keseluhuran. Dengar saja nama Maxis atau Astro terus terfikir perkhidmatan yang buruk.
Tapi kali ni agak berbeza kerana perkhidmatan bukannya perkhidmatan internet mudah alih 4G, tapi talian fizikal fiber yang ditarik terus ke dalam rumah.
Apa yang diperburukkan adalah perkhidmatan internet dan talian mudah alih. Jadi ia tiada berkaitan dengan fiber.
Lagipun talian internet fiber Maxis menggunakan talian fiber yang disediakan pihak Telekom Malaysia (TM). Mantap!!!
Apalah nak risau sangat kan, talian mesti padu bila dengar nama TM. 80% hati dah tersangkut pada Maxis Fiber.
Pengalaman Rakan Sekerja Menggunakan Maxis Fiber
Pandangan saya berubah setelah mendengar dengan sendiri pengalaman rakan sekerja saya. Peristiwa berlaku sekitar awal tahun 2018.
Dia sudah lama melanggan pekhidmatan Maxis Fiber iaitu sekitar 4 tahun yang lalu. Cuma terdapat masalah kecil sahaja. Itu pun dapat diselesaikan melalui panggilan telefon.
Dia mengatakan “perkhidmatan Maxis terbaik setakat ini (So far so good), dan tidak pernah mengalami “down”. Test speed sipi-sipi kelajuan yang dipaparkan di dalam iklan. Wow teruja saya sekejap.
Peluang Ditunggu Akhirnya Tiba Jua
Saya tidak sabar lagi menanti peluang untuk melanggan sebaik sahaja kawasan saya mendapat coverage perkhidmatan fiber unifi atau Maxis.
Tanpa memikirkan panjang, saya terus melanggan perkhidmatan Maxis fiber sebaik sahaja selepas alamat kediaman saya berada di dalam coverage unifi.
Beliau juga memberitahu yang proses menaik taraf kelajuan dari 30 Mbps berjalan lancar, walau pun ketika pemasangan, kedua-dua pihak Maxis dan TM perlu datang ke premis pemasangan.
Kesimpulan yang dapat katakan di sini ialah, Maxis dan TM bekerjasama dengan baik menjayakan servis terbaik kepada pelanggan.
Harga Yang Lebih Murah dan Berpatutan.
Bercakap pasal harga, tiada banyak perbezaan kalau nak dibandingkan dengan unifi.
Bagi saya yang hanya memerlukan sambungan internet sahaja tanpa apa-apa channel tv, Maxis merupakan pilihan yang tepat.
Tak perlulah saya membayar apa yang saya tak mahu dan tidak minat. Nak tahu ke berapa lebih kena bayar?
Untuk channel Ultimate, kita terpaksa membayar lebih kurang RM 60. Jumlah ni boleh makan KFC 4 kali.
Untuk pakej 30 mbps, saya boleh dapat pada harga RM79 sahaja sebulan untuk tempoh selama 12 bulan, selepas tolak rebat RM20 sebulan.
Manakala untuk pakej Maxis fiber 300Mbps, hanya RM129 sebulan untuk selama 24 bulan selepas tolak rebat RM20 sebulan.
Untuk Pakej kelajuan yang lain, anda boleh rujuk jadual di bawah.
Maxis Home Fibre Exclusive Promotion as below:
30Mbps :- RM89/mth, now Discount RM10 for 12 Months become RM79/mth
300Mbps :- RM149/mth, now Discount RM20 for 24 Months become RM129/mth
500Mbps :- RM219/mth, now Discount RM20 for 24 Months become RM199/mth
800Mbps :- RM299/mth, now Discount RM20 for 24 Months become RM279/mth
Sila rujuk jadual di bawah maklumat lanjut pakej-pakej yang ditawarkan. Harga yang ditunjukkan sebelum diskaun RM20 di atas.

Kualiti Perkhidmatan Maxis Mantap
Dari pengalaman sendiri, servis yang ditawarkan oleh Maxis Fiber adalah setara secara amnya dan untuk kawasan-kawasan tertentu ianya lebih baik berbanding dengan unifi fiber yang merupakan produk syarikat gergasi telekomunikasi Malaysia.
Pemasangan Yang Pantas
Saya membuat permohonan pada 10 Jan 2022 dan memilih tarikh 15 Jan 2022 sebagai tarikh pemasangan. Tepat hari yang dinantikan, kontraktor datang membuat pemasangan.
Selama ini saya agak prejudis dengan kualiti perkhidmatan mereka walau pun rakan sekerja saya tiada masalah menggunakanperkhidmatan ini.
Kelajuan di luar jangkaan
Sebaik sahaja selesai pemasangan, kami melakukan ujian kepantasan dan bingo, speed yang dapat sekitar 300Mbps. Pada mulanya saya agak speed tersebut hanya boleh dicapai ketika pihak kontraktor Maxis dan TM masih berada di rumah.
Mengejutkan kami setelah speedtest atau ujian kepantasan dilakukan dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan, kelajuannya masih stabil pada sekitar 280 – 301 Mbps.